Amirul Rani

Amirul Rani

Amirul Rani sedang menjalankan sebuah pengembaraan di Kinabatangan, Sabah pada bulan November 2023. Amirul Rani ialah seorang artis muzik, pencipta kandungan digital, YouTuber, dan penggiat media muda dari Kinabatangan, Sabah, Malaysia. Beliau dikenali melalui penghasilan video vlog, projek visual kreatif, serta karya muzik yang menampilkan gabungan elemen moden dan budaya tempatan Sabah.

Kehidupan Awal

Pada menjelang akhir tahun 2022, Amirul mula aktif dalam dunia kandungan digital sejak usia remaja dengan menghasilkan pelbagai video bertemakan kehidupan harian, perayaan, dan aktiviti sekolah. Antara karya yang mendapat perhatian ialah vlog bertema Hari Raya Aidilfitri yang memaparkan pengalaman beraya dari kawasan luar bandar hingga ke bandar seperti Sandakan. Gaya penyampaian beliau yang santai, bertenaga, dan berunsur tempatan menjadikan kandungannya dekat dengan penonton, khususnya dalam kalangan remaja.

Selain itu, Amirul juga terlibat dalam bidang muzik dengan menghasilkan lagu dan instrumental sendiri. Projek seperti “Beraya di Sekolah” menunjukkan minatnya dalam menggabungkan muzik moden dengan unsur tradisional serta identiti tempatan. Beliau turut menggunakan platform seperti YouTube dan media sosial lain untuk mempromosikan karya muzik dan visualnya.

Dalam bidang kokurikulum, Amirul aktif dalam Kelab dan Persatuan Media (Fotografi), di mana beliau menghasilkan video pendek, merancang papan cerita, dan menjalankan proses rakaman serta penyuntingan secara berdikari. Pengalaman ini mengukuhkan kemahirannya dalam produksi video dan penceritaan visual. Album Pertama " Amirul Rani " Bertemakan Genre Pop & Instrumental

Keluaran Album Pertama

Exploring The World (Instrumental) merupakan EP instrumental pertama yang diterbitkan oleh Amirul Rani di bawah nama produksinya, Amirul Rani Production. Keluaran ini menghimpunkan lima buah trek muzik dengan jumlah durasi kira-kira 17 minit dan dikategorikan dalam genre Pop.

Projek ini menampilkan beberapa karya instrumental, termasuk lagunya yang baharu ialah Happy New Year 2.0 yang sama dengan sekuel yang pertama iaitu Happy New Year ( Versi Pertama ) yang diikuti dengan Happy For Tomorrow dan To Next Our Time. EP ini turut mengandungi versi yang menggabungkan dua karya, iaitu Happy For Tomorrow X Happy New Year.

Dari segi konsep, tajuk Exploring The World membawa gambaran tentang penerokaan, pengalaman dan perjalanan kreatif dalam dunia muzik. Penghasilan EP ini juga boleh dilihat sebagai satu langkah awal dalam usaha Amirul Rani mengembangkan minat dan kreativiti dalam bidang penggubahan serta penerbitan muzik.

Melalui lima trek yang dimuatkan, EP ini memperkenalkan hasil karya instrumental Amirul Rani kepada pendengar melalui platform penstriman digital seperti Spotify dan Apple Music.

Exploring The World

Tahun

No.

Senarai Lagu

Masa

Penerangan

Komposer Muzik

2024

1.

Happy New Year 2.0

01:28

Lagu pembukaan di album tersebut pada tahun 2024

Amirul Rani

2022

2.

Happy For Tomorrow

03:13

Lagu pertama yang dihasilkan oleh Amirul Rani.

Amirul Rani

2023

3.

Happy New Year ( First Version )

Lagu kedua yang bertemakan Tahun Baharu pada menjelang akhir tahun 2023.

Amirul Rani

2023

4.

Happy For Tomorrow X Happy New Year

Lagu yang mengandungi campuran "Mixtape" atau dikenali sebagai "Mashup" selepas mendapat kejayaan dalam keluaran lagu "Happy For Tomorrow" dan "Happy New Year".

Amirul Rani

2024

5.

To Next Our Time

Lagu penutup dalam album tersebut dan juga menjelang akhir tahun pada 2024 bersamaan bulan Disember.

Amirul Rani

Diantara kesemua dalam album lagu tersebut sebenarnya mempunyai 6 lagu tetapi terdapat satu lagu dari ciptaan Amirul Rani iaitu "The Fighting" yang menjadi lagu pertama kalinya hasil ciptaannya pada 22 Ogos 2022 dan dikeluarkan pada bulan April 2023 di YouTube Rasmi "Amirul Rani". Pada awalnya, lagu ini dikeluarkan dalam bentuk single pertamanya dalam bentuk genre Instrumental tetapi setelah berfikir panjang, akhirnya lagu tersebut dimasukkan ke dalam album lagu ini tersebut. Namun setelah beberapa hari kemudian, lagu tersebut telah dikeluarkan dari album ini kerana durasi dalam lagu tersebut hanya 45 saat dan dirasmikan lagu ini tidak tersenarai dalam albumnya. Justeru, lagu tersebut pernah menjadi persoalan kepada pendengar dan peminat bahawa lagu ini mempunyai persamaan dengan lagu Antarabangsa dan Internasional dari segi melodi dan instrument yang menyebabkan lagu "The Fighting" dibenam oleh syarikat YouTube atas dasar pelanggaran hak pemilik lagu tersebut dan mendapat label hak cipta atas peniruan pada lagu yang sama dengan rentaknya dalam lagu tersebut. Pada 22 Ogos 2024, lagu tersebut dirasmikan keluar dari semua platform muziknya termasuk saluran YouTube rasminya atas masalah pelanggaran hak cipta dalam lagu itu.

Secara keseluruhannya, Exploring The World (Instrumental) menjadi salah satu titik permulaan dalam perjalanan muzik Amirul Rani dan perkembangan identiti produksinya, Amirul Rani Production. Amirul Rani sedang membuat sesi pengembaraan di Kinabatangan, Sabah pada bulan November 2023

Pertubuhan Syarikat Sendiri

Amirul juga mengasaskan identiti produksi sendiri di bawah nama “AR Production”, yang berfungsi sebagai platform untuk mengurus projek kreatif dan kolaborasi. Usaha ini mencerminkan minat dan kesungguhannya dalam membina kerjaya sebagai pencipta kandungan dan penggiat media pada masa hadapan.

Dengan semangat kreatif dan konsistensi dalaum berkarya, Amirul Rani dilihat sebagai antara bakat muda dari Sabah yang berpotensi untuk berkembang dalam industri media digital dan hiburan.